..fAziLaH..

nAmA diBeRi : nOrFaZiLaH bT sALkAh.
nO mAtRiK : d20081032244.
pRoGrAm : At 16
: iJaZaH sArJaNa MuDa pEnDiDikAn SaiNs..
MaJoR : kiMiA..
MiNor : BiOLogI..
tAriKh LaHiR : 16 nOvEmBeR 1989..
*pUtEri KeLAhIrAn JohOr dArUL tAkziM ..(",)..
* sEmEstER 3
* mAhAsiSwi UnIvErSiTi PeNdiDiKaN sULtAn IdRis (08/09)
*aNaK Ke-3 dArIpAdA 3 oRaNg AdIk bErAdik..
e-MaiL : ila456@yahoo.com / honeysizuka@gmail.com

jangka panjang

Untuk jangka masa panjang pula, saya berazam untuk menjadi seorang guru yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Selain itu juga, saya ingin menjadi yang terbaik dan menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. InsyaAllah.................


jumping sodium

Saya sayang mereka..............................





titration

periodic table

jangka pendek

Bagi pelan jangka pendek, saya ingin terus berusaha mencapai kejayaan yang terbaik setiap semester dan berusaha untuk menjadi yang terbaik untuk diri sendiri, keluarga terutamanya ibu bapa dan untuk semua orang yang mengenali diri ini. Bukan mudah untuk menjadi yang terbaik dari kalangan yang terbaik. Hanya usaha dan doa yang berterusan akan menjamin kejayaan masa hadapan. :-)

..perancangan akan datang..


3 tahun dari sekarang, InsyaAllah saya akan bergraduat sebagai seorang pendidik. Sebagai seorang pendidik yang dilahirkan dari Universiti Pendidikan Sultan Idris, saya harus menanam cita dan tekad demi melahirkan pelajar yang cemerlang di dalam semua aspek. Bagi melahirkan pelajar yang cemerlang secara holistik, saya perlu menjadi yang terbaik diantara yang terbaik. Saya harus sentiasa ikhlas dalam menyampaikan ilmu kerana kerjaya sebagai seorang guru merupkan kerjaya yang mulia dan diredhai. Oleh yang demikian, saya harus memikul tanggungjawab ini dengan sebaik mungkin. Doa daripada ibu bapa, guru-guru dan rakan-rakan juga membantu saya untuk terus memikul tanggungjawab yang diamanatkan ini dengan sebaik mungkin. Oleh itu, saya berdoa dan berharap supaya apa yang saya citakan ini diredhai Allah hendaknya....Terima kasih diatas segalanya.......

Matlamat : Menarik minat pelajar terhadap subjek sains terutamanya Kimia dan berusaha untuk memahami setiap pelajar di dalam subjek ini supaya mereka belajar dan terus belajar demi mencapai kejayaan.

Komitmen : Ingin terus menambahbaikkan teknik pengajaran dan sentiasa 'update' dengan perubahan teknologi terkini. Ingin menjadi seorang pendidik yang yang dapat menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling dan keadaan pelajar.

Objektif :
- Ingin menyambungkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
- Ingin menjadi seorang pendidik yang bitara.
- Ingin melahirkan pelajar yang cemerlang dalam semua aspek.

..video korporat..

..kini..

Memandangkan kini saya hanyalah seorang mahasisiwi yang belum bergraduan, apa yang perlu saya lakukan hanyalah berusaha untuk mengekalkan pointer pada setiap semester. Saya tahu ia bukanlah sesuatu yang mudah. Tapi apa yang penting, saya perlu berusaha untuk mencapai target yang telah saya tetapkan. Tiada yang mustahil dalam hidup ini. Semua yang kita impikan pastinya akan menjadi kenyataan jikalau ada kesungguhan, usaha, doa dan istiqamah dalam melakukan esuatu pekerjaan. Oleh itu, pada masa kini, saya hanya perlu berusaha sehabis boleh untuk mencapai kejayaan dan seterusnya menjadi seorang pendidik kelak. Disamping itu, saya juga seharusnya menanam sifat-sifat sebagai seorang pendidik yang disayangi anak muridnya dan seterusnya untuk menjadi pendidik yang bitara suatu hari nanti.

..penghargaan..

Jutaan terima kasih ingin saya ucapkan kepada Miss Asmayati bte Yahaya atas segala ilmu dan tunjuk ajar yang telah diberikan sepanjang perjumpaan kita selama 14 minggu. Tidak lupa juga sejuta penghargaan buat Cik Al-Junaidi bin Mohamad diatas segala tunjuk ajar yang telah diberikan kepada saya dan kawan-kawan saya. Pelbagai pengetahuan dan pengalaman baru yang dapat saya perolehi selama 14 minggu kita bersua iaitu saya dapat meneroka kecanggihan dan kemudahan teknologi seperti camstudio, picasa, spreadsheet dan banyak lagi.Kami juga diajar bagaimana untuk menyediakan educational e-portfolio. Kesemua bahan bantu mengajar ini akan saya aplikasikan semasa menjadi seorang pendidik kelak. Diharap segala ilmu yang diberikan diberkati yang maha esa. Terima kasih untuk semuanya....

..rancangan pembelajaran..

Bagi menjadi seorang pendidik yang bitara suatu hari nanti, saya mestilah merancang perjalanan kerjaya saya bermula dari hari pertama saya melangkah masuk di universiti ini. Bukan mudah untuk menjadi seorang pendidik...Oleh itu, saya mestilah memperlengkapkan diri dengan ciri-ciri seorang guru yang bitara. Tugas seorang guru bukanlah suatu tugas yang mudah. Hal ini kerana, gurulah yang akan menjamin keamanan dan kedamaian negara kerana tanpa kita sedari, pemimpin tunggak negara juga dilahirkan oleh seorang guru. Tanpa kita sedari, seorang guru memikul satu tanggungjawab yang agak berat dan tugas itu mestilah dilakukan dengan ikhlas dan penuh bertanggungjawab.






Picasa adalah salah satu software untuk menyusun dan megedit gambar-gambar digital. Ini merupakan suatu benda baru bagi saya. Akhir daripada pembelajaran ini, pelbagai aplikasi boleh digunakan dengan menggunakan picasa ini. Sebagai contoh, gambar boleh diedit dengan pelbagai cara mengikut citarasa pengguna. Gambar boleh diedit dari pelbagai segi seperti dari teknik pengcahayaan, menambah kesan sampingan dan juga boleh menambah teks. Selain itu juga, dengan menggunakan picasa, kita boleh membuat video atau lebih dikenali sebagai movie maker. Software ini boleh didownload secara percuma dan ianya mudah dipelajari. Aplikasi ini amat menarik minat.



Spreadsheet merupakan perisian komputer yang meniru helaian kertas kerja. Ia memaparkan banyak sel yang membentuk baris dan lajur. Setiap sel mengandungi angka abjad atau nombor. Set helaian ini juga boleh mengandungi formula yang mentakrifkan bagaimana kandungan sel tersebut boleh dikira. Ianya memudahkan kerja seseorang pendidik untuk menyimpan markah murid. Selain itu juga, daripada maklumat yang disimpan, para guru boleh mencipta atau membina graf berdasarkan maklumat yang disimpan dengan mudah. Ianya mampu untuk menjimat masa dan menjadikan kerja lebih mudah dan maklumat yang disimpan tidak dikhuatiri hilang.

..cooliris..




Cooliris? apa itu cooliris?apakah kegunaannya? Sebenarnya cooliris merupakan membolehkan penggunanya foto-foto secara paparan 3D.. Fungsinya sama seperti power point..akan tetapi ianya lebih menarik dan mampu untuk menarik perhatian para pelajar untuk mengambil perhatian terhadap pembelajaran yang akan dijalankan. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari ke laman web http://www.cooliris.com/product/

..siMpLe CuBiC tiMe..



..gravimetric to tin alloy..


Ini adalah sebahagian daripada kaedah eksperimen bagi subjek inorganik kami. Rakaman ini telah
dirakam oleh salah seorang daripada rakan sekelas kami.

..piCaSa3..

Photobucket