Saya bercita-cita untuk menjadi seseorang yang berguna kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara. Bermula dari seseorang yang tidak mengenal apa itu kehidupan dan cita-cita, saya bertekad untuk menjadi seorang pendidik yang berbakti kepada masyarakat. Oleh itu, saya berazam untuk menjadi seseorang pendidik yang bitara selaras dengan matlamat hidup saya. Setiap usaha yang dilaksanakan dengan rasa penuh tanggungjawab akan menghasilkan insan yang saling menghormati di antara satu sama lain. Ia juga melahirkan rasa kasih sayang dan persaudaraan kental di jiwa orang yang terbabit sama ada anak, ibu bapa, guru atau masyarakat. Justeru, sesuatu hal yang tidak boleh dinafikan kewajarannya ialah sebagai seorang pendidik, sama ada ibu,bapa, penjaga, guru atau masyarakat yang prihatin, seharusnya mempunyai ciri seorang pendidik sebenar. Dalam usaha untuk menjadi guru berkesan, saya harus bertanggungjawab terhadap diri dan kerjaya. Saya juga perlu menyesuaikan diri dengan perubahan semasa bagi memastikan dinamisme profesion itu berterusan. Untuk itu, bakal-bakal guru perlu bijak berkomunikasi, mempunyai sahsiah dan akhlak yang boleh diteladani oleh para pelajar serta sentiasa bersikap profesional terhadap kerjayanya.

Imam Ghazali menyatakan, tidak ada martabat yang lebih tinggi daripada martabat kenabian dan tidak ada kemulian yang lebih mulia daripada menjadi pewaris martabat kenabian. Kelebihan ilmu pengetahuan juga dapat ditanggapi daripada perutusan Rasulullah S.A.W. Disamping menjadi Rasul, baginda juga berperanan sebagai seorang guru dan pendidik. Allah menegaskan:

Ertinya: Maka sesungguhnya kewajipan Rasul kami hanyalah menyampaikan amanat Allah dengan terang.

Rasulullah s.a.w juga bersabda yang diriwayatkan oleh Ibn Majah:

Ertinya: Sesungguhnya aku diutus sebagai seorang guru.

Akhir kata, PENDIDIK CEMERLANG AKAN MELAHIRKAN GENERASI YANG TERBILANG.....

sekian...

salam sayang,
-fazilah-
Photobucket