..rancangan pembelajaran..

Bagi menjadi seorang pendidik yang bitara suatu hari nanti, saya mestilah merancang perjalanan kerjaya saya bermula dari hari pertama saya melangkah masuk di universiti ini. Bukan mudah untuk menjadi seorang pendidik...Oleh itu, saya mestilah memperlengkapkan diri dengan ciri-ciri seorang guru yang bitara. Tugas seorang guru bukanlah suatu tugas yang mudah. Hal ini kerana, gurulah yang akan menjamin keamanan dan kedamaian negara kerana tanpa kita sedari, pemimpin tunggak negara juga dilahirkan oleh seorang guru. Tanpa kita sedari, seorang guru memikul satu tanggungjawab yang agak berat dan tugas itu mestilah dilakukan dengan ikhlas dan penuh bertanggungjawab.
Photobucket