Spreadsheet merupakan perisian komputer yang meniru helaian kertas kerja. Ia memaparkan banyak sel yang membentuk baris dan lajur. Setiap sel mengandungi angka abjad atau nombor. Set helaian ini juga boleh mengandungi formula yang mentakrifkan bagaimana kandungan sel tersebut boleh dikira. Ianya memudahkan kerja seseorang pendidik untuk menyimpan markah murid. Selain itu juga, daripada maklumat yang disimpan, para guru boleh mencipta atau membina graf berdasarkan maklumat yang disimpan dengan mudah. Ianya mampu untuk menjimat masa dan menjadikan kerja lebih mudah dan maklumat yang disimpan tidak dikhuatiri hilang.
Photobucket