Refleksi dari sesi pembelajaran Camstudio ini, saya didedahkan dengan Camstudio yang merupakan sesuatu yang baru bagi saya.
Camstudio ialah satu software yang berguna untuk merakam skrin computer anda. Software ini boleh didapati secara percuma dari laman ini [http://camstudio.org/].

Bagaimana cara menggunakannya?

untuk melihat cara download & install dari internet sila ke sini:
http://camstudio.org/video/install/

Jika anda adalah "pelajar online", ia amat berguna untuk beberapa kegunaan:

1- Ia merekod/rakam skrin komputer anda, termasuk pengajian yang diadakan melalui "sidang web". Anda boleh lihat semula rakaman selepas kelas. jadi anda tidak akan ketinggalan jika sekiranya anda terpaksa menghabiskan masa yang lama "di tandas" sewaktu kelas sedang berjalan misalnya.

2-Anda boleh membantu rakan sekelas anda yang bermasalah untuk menyertai kelas dengan berkongsi rakaman tersebut.

3-Anda boleh simpan atau arkibkan rakaman sebagai rujukan. Sebagai contoh, mungkin pengajar anda memberikan tips-tips penting dan anda lupa menyalinnya, jadi dengan merakam kelas tersebut, insyaAllah anda boleh merujuk semula rakaman tersebut.

Oleh itu, secara keseluruhannya, aplikasi ini amat berguna dalam sistem pembelajaran bagi menjadikannya lebih menarik. Saya juga turut mengaplikasikannya di dalam membuat pembentangan bagi menarik minat kawan-kawan saya.
Photobucket