..perancangan akan datang..


3 tahun dari sekarang, InsyaAllah saya akan bergraduat sebagai seorang pendidik. Sebagai seorang pendidik yang dilahirkan dari Universiti Pendidikan Sultan Idris, saya harus menanam cita dan tekad demi melahirkan pelajar yang cemerlang di dalam semua aspek. Bagi melahirkan pelajar yang cemerlang secara holistik, saya perlu menjadi yang terbaik diantara yang terbaik. Saya harus sentiasa ikhlas dalam menyampaikan ilmu kerana kerjaya sebagai seorang guru merupkan kerjaya yang mulia dan diredhai. Oleh yang demikian, saya harus memikul tanggungjawab ini dengan sebaik mungkin. Doa daripada ibu bapa, guru-guru dan rakan-rakan juga membantu saya untuk terus memikul tanggungjawab yang diamanatkan ini dengan sebaik mungkin. Oleh itu, saya berdoa dan berharap supaya apa yang saya citakan ini diredhai Allah hendaknya....Terima kasih diatas segalanya.......

Matlamat : Menarik minat pelajar terhadap subjek sains terutamanya Kimia dan berusaha untuk memahami setiap pelajar di dalam subjek ini supaya mereka belajar dan terus belajar demi mencapai kejayaan.

Komitmen : Ingin terus menambahbaikkan teknik pengajaran dan sentiasa 'update' dengan perubahan teknologi terkini. Ingin menjadi seorang pendidik yang yang dapat menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling dan keadaan pelajar.

Objektif :
- Ingin menyambungkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
- Ingin menjadi seorang pendidik yang bitara.
- Ingin melahirkan pelajar yang cemerlang dalam semua aspek.
Photobucket